Khamis, 20 November 2014

Mesin Basuh- Air Gagal Masuk Ke dalam Mesin

          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan terangkan bagaimana menyelesaikan masalah mesin basuh yang gagal menyalurkan air dari hose paip.
          Terdapat satu motor kecil yang mengawal valve masuk air dari salur paip yang sentiasa dalam keadaan buka. Set valve ini berada dalam keadaan tertutup melainkan motor magnet berfungsi (ON).


           Beginilah rupa dan keadaan set valve yang saya terangkan tadi. Ini untuk mesin basuh  jenama LG.  Set valve ini berharga rm65-rm89 .Boleh diperolehi dari kedai baik pulih peralatan elektrik.
           Jenis kerosakan ini adalah antara yang sering berlaku . Maka barang alat ganti ini sentiasa ada di kedai berkenaan. Jika anda menghantar sebuah mesin basuh tanpa usul periksa anda mungkin akan terpaksa membayar antara rm200-rm250.
            Jika anda suruh kedai ambil tambahan rm50 akan dikenakan. Maka tidak rugi jika anda mencuba. Anda juga akan memperolehi ilmu dan pengalaman baru yang sangat mengujakan jika anda berjaya menyelesaikan satu masalah.
            Berikut adalah gambar set valve yang saya maksudkan.

            Semoga bermanafaat kepada pembaca. Terima kasih.

Selasa, 15 Julai 2014

MESIN BASUH AUTOMATIK GAGAL BERFUNGSI

Salam, kali ini saya akan berkongsi perihal kegagalan mesin basuh berfungsi. Terdapat banyak kegagalan yang berlaku tetapi saya ingin menjelaskan satu kegagalan yang mudah diselesaikan tetapi kerap berlaku.
        Semasa mencuci pakaian anda dapati setelah mesin menadah air dan memusing motor kanan dan kiri tiba-tiba mesin berhenti pada satu ketika yang mana sepatutnya mesin mula spin. Tanda error keluar pada skrin pemapar. Jika ini berlaku saya jangkakan mesin mengalami masalah dropper sensor atau limit switch rosak. Keadaan ini adalah sama seperti anda tidak menutup pintu mesin basuh anda ketika mencuci pakaian.
        Apa yang perlu anda lakukan ialah buka penutup /pintu mesin basuh dan dengan menggunakan skru driver Philip/bunga buka penutup badan mesin sebelah atas. Anda akan lihat sensor yang saya maksudkan. Gantikan dengan yang baru. Di kedai harga sekitar rm2-rm5 sahaja.
       Jadi cuba dulu baiki sendiri sebelum anda menyerahkan mesin anda yang sakit tidak seberapa kepada orang lain kerana ini mungkin dapat menyelamatkan wang anda sekitar rm150-rm200.
       Selamat mencuba dan semoga ilmu ini memberi manafaat kepada anda.

   Gambar di atas adalah contoh limit switches yang dimaksudkan.


Isnin, 14 Julai 2014

POWER TRIP DI RUMAH.

POWER TRIP DI RUMAH.
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara menangani masalah power trip di rumah. Anda perlu sedikit ilmu bagi menyelesaikan masalah ini.
         Ada beberapa faktor power trip atau suis tendang berlaku di antaranya ialah;
1) Sambaran kilat
2) Litar pintas akibat kerosakan pada peralatan elektrik rumah
3) Penggunaan elektrik melebihi had maksima
4) Kerosakan pada CB board/breaker
          Sebelum anda membuat keputusan mahu menyelesaikan masalah ini anda harus menjangka masalah yang wujud berdasarkan keadaan semasa ,misalnya jika hujan lebat dan berkilat maka anda perlu menjangkakan yang trip berlaku kerana adanya sambaran kilat atau petir jadi tripnya mudah. Hanya naikkan sahaja breaker yang tendang ke bawah ke arah atas.
         Jika keadaan sekeliling biasa tiba-tiba berlaku trip anda perlu menjangkakan ada peralatan elektrik mengalami litar pintas . Periksa semua peralatan elektrik yang ada di rumah anda . Anda boleh menjangkakan ia rosak jika didapati ada tanda seperti hangus/kesan terbakar pada plug atau peralatan , bau hangus

Ikuti langkah ini;

1) Turunkan suis semua cbb yang ada pada panel
2) Naikkan suis utama ke atas
     Ketika ini arus elektrik bersedia masuk ke dalam litar
3) Kemudian naikkan semula satu persatu
4)
       

KIPAS ANGIN PERLAHAN

Kipas Angin.
Salam tuan/puan yang budiman. Kita pernah menghadapi masalah kipas angin berpusing perlahan tetapi bingung bagaimana mahu nenyelesaikan masalah ini.
Terfikir mahu buang sahaja memandangkan terdapat banyak di pasaran kipas angin yang dijual pada harga yang agak rendah.
    Tetapi tahukah anda dengan hanya membelanjakan sekitar rm7-rm8 anda boleh menyelamatkan kipas angin anda yang berharga sekitar rm60-rm350 . Anda tidak perlu menjadi seorang juruteknik elektrikal yang hebat atau berkursus dengan pakar elektrik cukup sekadar  memiliki ilmu asas elektrik dan sedikit usaha serta ikhtiar. Tetapi bagaimanakah caranya.

Di sini saya senaraikan sebab-sebab kipas angin berpusing perlahan;
1) Bearing ketat
2) Fizikal kipas kotor
3) Regulator rosak
4) Kapasitor rosak

Sebelum saya terangkan lebih jauh baik saya terangkan sedikit asas elektrik.
Elektrik berfungsi dengan adanya pergerakan voltan dari -ve ke +ve. Arus pula bergerak dengan arah bertentangan dengan formula v=ir di mana v=voltan,I=arus dan r=rintangan. Wayar -ve berwarna coklat atau hitam manakala wayar +ve berwarna biru atau kuning. Wayar hijau adalah wayar bumi iaitu pengalir arus ke bumi jika berlaku  litar pintas. Jika tanpa wayar hijau pun arus elektrik boleh berfungsi seperti biasa cuma apabila berlaku litar pintas breaker gagal berfungsi menyebabkan peralatan elektrik rumah cepat rosak serta mengancam nyawa.
        Kembali kepada kipas angin perlahan.
1) Bearing ketat
Lazimnya kipas angin jenis duduk dan jenis dinding memiliki satu bearing sahaja di depan manakala di sebelah belakang menggunakan bush. Bearing jarang rosak tetapi bush mudah rosak. Gunakan CRC/WD40 untuk melancarkan pergerakan bearing yang telah karat. Begitu juga dengan bush.
2)Fizikal kipas Kotor
Debu kotoran Dari sekekiling boleh menyebabkan pusingan kipas perlahan malah mengurangkan penyebaran angin ke sekeliling. Gunakan kain yang dibasahkan untuk membersihkan badan kipas terutama bilah kipas.
3) Regulator rosak
Regulator berfungsi mengawal kelajuan kipas. Tidak semua kipas menggunakan regulator yang sama. Jangan tukar regulator yang bukan dari jenis atau jenama yang lain. Sistem dalamannya mungkin berbeza menyebabkan voltage tidak sesuai.


4) Kapasitor rosak
Setiap kipas memiliki kapasitor pada badan kipas cuma bentuk dan bacaannya berbeza. Kapasitor berfungsi menyimpan arus sebelum digunakan oleh sistem. Lazimnya kapasitor dibaca dengan unit uf . Di kedai  terdapat banyak jenis bacaan kapasitor antaranya 1.8 uf, 2 uf, 3 uf dan 4uf. Di kedai kapasitor dijual dengan harga serendah rm5-rm8 ,biasanya lebih rendah uf maka lebih mahal harganya.



          Untuk kipas syiling lazimnya menggunakan 1.8uf tetapi anda boleh gunakan 2 uf. Ada tolerance bacaan di situ, lebih besar bacaan  maka kipas akan lebih laju tetapi risiko untuk motor kipas terbakar lebih tinggi.

         Begitulah tadi sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan di sini semoga memberi manafaat kepada anda. Jika ada kesilapan harap diperbetulkan sebab dengan kita sama-sama kongsi ilmu yang ada kita sebenarnya sedang mengembangkan ilmu kita untuk manafaat bersama.

          Sekian terima kasih.