Isnin, 14 Julai 2014

KIPAS ANGIN PERLAHAN

Kipas Angin.
Salam tuan/puan yang budiman. Kita pernah menghadapi masalah kipas angin berpusing perlahan tetapi bingung bagaimana mahu nenyelesaikan masalah ini.
Terfikir mahu buang sahaja memandangkan terdapat banyak di pasaran kipas angin yang dijual pada harga yang agak rendah.
    Tetapi tahukah anda dengan hanya membelanjakan sekitar rm7-rm8 anda boleh menyelamatkan kipas angin anda yang berharga sekitar rm60-rm350 . Anda tidak perlu menjadi seorang juruteknik elektrikal yang hebat atau berkursus dengan pakar elektrik cukup sekadar  memiliki ilmu asas elektrik dan sedikit usaha serta ikhtiar. Tetapi bagaimanakah caranya.

Di sini saya senaraikan sebab-sebab kipas angin berpusing perlahan;
1) Bearing ketat
2) Fizikal kipas kotor
3) Regulator rosak
4) Kapasitor rosak

Sebelum saya terangkan lebih jauh baik saya terangkan sedikit asas elektrik.
Elektrik berfungsi dengan adanya pergerakan voltan dari -ve ke +ve. Arus pula bergerak dengan arah bertentangan dengan formula v=ir di mana v=voltan,I=arus dan r=rintangan. Wayar -ve berwarna coklat atau hitam manakala wayar +ve berwarna biru atau kuning. Wayar hijau adalah wayar bumi iaitu pengalir arus ke bumi jika berlaku  litar pintas. Jika tanpa wayar hijau pun arus elektrik boleh berfungsi seperti biasa cuma apabila berlaku litar pintas breaker gagal berfungsi menyebabkan peralatan elektrik rumah cepat rosak serta mengancam nyawa.
        Kembali kepada kipas angin perlahan.
1) Bearing ketat
Lazimnya kipas angin jenis duduk dan jenis dinding memiliki satu bearing sahaja di depan manakala di sebelah belakang menggunakan bush. Bearing jarang rosak tetapi bush mudah rosak. Gunakan CRC/WD40 untuk melancarkan pergerakan bearing yang telah karat. Begitu juga dengan bush.
2)Fizikal kipas Kotor
Debu kotoran Dari sekekiling boleh menyebabkan pusingan kipas perlahan malah mengurangkan penyebaran angin ke sekeliling. Gunakan kain yang dibasahkan untuk membersihkan badan kipas terutama bilah kipas.
3) Regulator rosak
Regulator berfungsi mengawal kelajuan kipas. Tidak semua kipas menggunakan regulator yang sama. Jangan tukar regulator yang bukan dari jenis atau jenama yang lain. Sistem dalamannya mungkin berbeza menyebabkan voltage tidak sesuai.


4) Kapasitor rosak
Setiap kipas memiliki kapasitor pada badan kipas cuma bentuk dan bacaannya berbeza. Kapasitor berfungsi menyimpan arus sebelum digunakan oleh sistem. Lazimnya kapasitor dibaca dengan unit uf . Di kedai  terdapat banyak jenis bacaan kapasitor antaranya 1.8 uf, 2 uf, 3 uf dan 4uf. Di kedai kapasitor dijual dengan harga serendah rm5-rm8 ,biasanya lebih rendah uf maka lebih mahal harganya.



          Untuk kipas syiling lazimnya menggunakan 1.8uf tetapi anda boleh gunakan 2 uf. Ada tolerance bacaan di situ, lebih besar bacaan  maka kipas akan lebih laju tetapi risiko untuk motor kipas terbakar lebih tinggi.

         Begitulah tadi sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan di sini semoga memberi manafaat kepada anda. Jika ada kesilapan harap diperbetulkan sebab dengan kita sama-sama kongsi ilmu yang ada kita sebenarnya sedang mengembangkan ilmu kita untuk manafaat bersama.

          Sekian terima kasih.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat blog saya semoga bermanafaat ilmu yang saya kongsikan ini.